Rahbar: Plot Amerika DI Timur Tengah Telah Gagal

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei dengan merujuk kepada situasi di Syria, Iraq dan Lubnan sebagai contoh berkata bahawa kesemua plot Amerika Syarikat di Timur Tengah telah menemui kegagalan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) – Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei dengan merujuk kepada situasi di Syria, Iraq dan Lubnan sebagai contoh berkata bahawa kesemua plot Amerika Syarikat di Timur Tengah telah menemui kegagalan.”Ini adalah tanda-tanda kekuasaan Tuhan dan kesucian janji-janji ilahi yang berfirman bahawa ‘Jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu, dan menegakkan mengukuhkan kedudukan kalian dengan tegas’,” kata pemimpin itu yang mengutip ayat suci al-Qur’an.

Ali Khamenei membuat kenyataan tersebut di majlis graduasi sekumpulan kadet tentera laut di utara wilayah Noshahr, di mana beliau berkata “perlawanan keras Iran terhadap keangkuhan telah membawa kepada kekalahan penting ke atas kuasa penzalim di rantau Timur Tengah di dalam mencapai matlamat mereka.”

“Penganalisis politik dan intelektual dunia terkejut dengan fakta bahawa Iran yang bergantung pada Tuhan dan kuasa bangsanya berjaya mengecewakan kuasa dunia di rantau ini – sebuah kenyataan yang mereka sudah mula sedari pada ketika ini,” kata Ayatullah Khamenei.

Pemimpin itu ketika berkata bahawa “ancaman, … dan pembulian kuasa-kuasa yang menindas untuk menakut-nakutkan bangsa-bangsa (dunia),” tidak akan berkesan sama sekali jika sesuatu bangsa tidak takut dengan kaedah ini dan terus bergerak maju ke hadapan dengan berbekalkan keberanian, kepercayaan dan keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *